Click here for Myspace Layouts

Tuesday 22 November 2011

Budak 12 Tahun Murung Dirogol Warga Emas Sejak 4 Tahun Lalu





Saya petik:
[SH] ALOR GAJAH - Perubahan
 sikap yang berlaku
 ke atas ­seorang
 murid perempuan Tahun Enam
 di sebuah
 sekolah dekat sini, 
mendedahkan perbuatan kejam
 seorang ­lelaki
 warga emas yang
 didakwa merogol kanak-kanak
 terbabit sejak
 empat tahun lalu.

Timbalan Ketua Siasatan
 Jenayah
 Negeri
 (Operasi dan Risikan), 
Superintendan R Gunarajan
 berkata, 
kejadian itu berlaku sejak 2007
 ketika mangsa 
berusia lapan tahun 
dan sedang bersekolah dalam 
Tahun Dua
 di sekolah terbabit sering 
diperkosa oleh suspek yang berusia
 60 tahun sehingga
 penghujung 2010.

Menurutnya, difahamkan
 mangsa
 dirogol secara 
berterusan sejak 2007 dan
 perbuatan kejam
 itu disyaki ­dilakukan
 suspek berulang kali tidak
 mengira waktu
 sama ada di rumah atau
 di kebun jering berhampiran
 rumah mangsa 
di sebuah Felcra di
 daerah ini.

“Perubahan sikap mangsa 
itu disedari
 seorang guru kaunseling
 pada Selasa lalu yang
 melihat mangsa
 kemurungan sejak
 kebelaka­ngan ini sebelum
 memujuk
 mangsa
 untuk menceritakan
 masalah yang dihadapi.

“Mangsa kemudiannya
 memaklumkan
 dia dirogol seorang
 lelaki yang juga jiran
 sebelah rumahnya
 ketika ­ketiadaan
 ibu bapanya di rumah,”
 katanya.

Gunarajan berkata, 
selepas itu guru
 kaunseling itu menemui
 ibu bapa mangsa dan
 menceritakan kejadian
 yang berlaku ­sebelum
 diarahkan membuat laporan 
di balai polis
 berhampiran serta
 menjalani ­pemeriksaan
 di klinik.

“Mangsa yang dilihat
 sugul dan murung 
dibawa ke klinik kesihatan
 berdekatan untuk menjalani
 pemeriksaan
 dan hasil mendapati
 mangsa tidak mengandung,”
 katanya.

Katanya, suspek yang ­berusia
 60 tahun itu ditahan
 di rumahnya
 pada petang laporan dibuat 
kedua
 ibu bapa mangsa dan
 suspek
 kini ditahan ­reman 
sehingga 22 November
 ini bagi menjalankan
 siasatan.

“Kes disiasat di bawah 
Seksyen 376 Kanun
 Keseksaan atas
 kesalahan memperkosa 
gadis bawah
 umur dan diserahkan 
kepada Jabatan Siasatan
 Jenayah Seksual
 dan Kanak-kanak
 Ibu Pejabat 
Kontinjen Polis (IPK) untuk
 siasatan lanjut,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...