Click here for Myspace Layouts

Saturday 24 December 2011

Siti puas dapat ‘tembak’ staf

TEMPUR... Pasukan Siti dan Datuk K saling mengacukan pistol sebagai amaran berjaga-jaga sebelum permaianan dimulakan.

PUAS! Itulah ungkapan yang terpacul dari mulut penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza setelah meluangkan masa hampir sejam di pusat permainan Galactic Laser yang terletak di tingkat tiga, pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, Petaling Jaya.
Ironinya, apa yang lebih menggembirakan ialah penghibur yang mesra disapa sebagai Siti itu turut ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bersama dua anak bujangnya, Muhammad Adib, 21 dan Muhammad Asyraf, 20.
Bahkan bukan mereka berempat sahaja yang seronok bermain permainan ala paintball itu, tetapi keseronokan itu turut dikongsi bersama kakitangan produk kecantikan Simply Siti seramai lebih 30 orang.
Rata-rata di kalangan mereka, ia merupakan kali pertama mencuba bermain permainan tersebut dan semuanya ternyata teruja.
Menurut Siti, syarikat kosmetiknya itu akan sentiasa melakukan aktiviti riadah bersama bagi memastikan tekanan di tempat kerja dapat diseimbangkan.
“Sebelum ini kami pernah bermain boling, futsal dan berkaraoke untuk menghilangkan tekanan kerja di pejabat.
“Ini adalah salah satu inisiatif atau pendekatan yang saya gunakan untuk menghargai kakitangan kami.
“Dengan cara ini, setiap kali selepas berseronok, minda mereka akan berasa lega dan segar untuk memikirkan idea baru dalam tugasan masing-masing,” katanya.
Game yang selamat
Mengulas mengenai permainan laser tag, Siti akui pada awalnya dia langsung tidak tahu cara untuk bermainnya.
Namun, setelah diberi taklimat oleh salah seorang petugas di situ yang digelar Marsyal, barulah dia faham serba sedikit pasal peraturan dan teknik permainan tersebut.
Bagaimanapun, di mindanya masih lagi samar selagi dia belum memasuki ruang gelap yang direka khas menyerupai medan pertempuran itu.
“Setelah siap menyarungkan uniform khas yang dilengkapkan dengan pistol laser, perasaan mula berdebar-debar.
“Kemudian, apabila sudah memasuki medan perang, saya terus mencari sudut terbaik untuk melakukan serangan.
“Tidak lama selepas itu, keseronokan terus dirasai dan saya tidak henti-henti berkejaran ke sana sini untuk menembak ataupun mengelak tembakan musuh,” cerita Siti yang mengetuai pasukannya di kumpulan D itu.
Menariknya, dalam aksi tembak menembak tersebut, Siti harus berhadapan dengan pasukan Datuk K (kumpulan B).
Gelagat lincah Siti yang terkenal sebagai olahragawati di zaman persekolahannya itu banyak membantunya untuk menjadi penembak yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam kumpulan.
Pernah pada satu ketika, Siti mendahului carta markah yang dipaparkan di luar medan perang dan sesekali saling berganti kedudukan dengan anak tirinya, Adib.
Ternyata, Siti masih lagi aktif dan ligat untuk bersaing dengan kakitangannya dan pertempuran antara kedua-dua pasukan agak sengit.
Bagaimanapun, di akhir pertempuran yang berlangsung selama 10 minit itu, pasukan Datuk K berjaya menumpaskan pasukan Siti.
Meskipun tumpas di tangan suaminya, Siti ternyata puas dan seronok bermain permainan tersebut dan menyifatkan permainan berkenaan sebagai sukan ekstrem yang selamat.
“Permainan ini sesuai dengan semua peringkat usia asalkan masih berupaya untuk berlari.
“Walaupun penat, yang penting saya dan kakitangan Simply Siti dapat mengetepikan seketika masalah di pejabat dan berseronok di sini.
“Mungkin pada masa akan datang, satu aktiviti lain pula akan diadakan,” katanya.



Tahniah - Datuk Eizlan Yusof Dan Datuk Ac Mizal

EMYLIA Rosnaida Abd Hamid dan Vieshantie Harun memberi kucupan mesra kepada suami mereka Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini (AC Mizal) dan Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd, Idris Md Yusof (Eizlan Yusoff) selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang. Foto: Halim Mat Ali (22/12/2011)

EMYLIA Rosnaida Abd Hamid dan Vieshantie Harun memberi kucupan mesra kepada suami mereka Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini (AC Mizal) dan Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd, Idris Md Yusof (Eizlan Yusoff) selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang. Foto: Halim Mat Ali (22/12/2011)

Dari rumah besar ke penjara

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.
Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.
Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.
Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.
Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.













Friday 16 December 2011

Janin yg berumur 15minggu hidup didunia


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.







Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

Allahuakbarrr....kuasa Tuhan semua tu...Subhanallah..

Wednesday 14 December 2011

Tragedi: Tanah Runtuh Di Jalan Sungai Lembing,







KUANTAN, 14 Dis - Orang ramai yang melalui jalan Kuantan ke Sungai Lembing terkejut dengan satu kejadian "jalan runtuh" berhampiran Stesyen Petronas berhadapan Gelanggang Futsal Rainbow dekat sini. Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 10.20 malam tadi telah menyebabkan sebahagian besar jalan sebelah kiri menghala ke Sungai Lembing runtuh sedalam lebih kurang 10 hingga 20 kaki. Ia dipercayai berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil akibat hujan yang turun mencurah-curah di kawasan ini beberapa hari lalu. Menurut seorang saksi yang mula-mula menyaksikan kejadian tersebut berkata, beliau hampir menjadi mangsa namun dek kerana lampu jalan yang terang benderang maka nyawanya terselamat. "Saya tiba di tempat kejadian selepas mengisi minyak di stesyen Petronas berdekatan. Mujurlah jaraknya sekitar 20 meter sahaja dari lokasi kejadian dan saya belum memecut kenderaan ketika itu. Bayangkan jika tiada lampu jalan dan saya sudah memecut kenderaan, sudah pasti sesuatu yang tidak diingini berlaku", katanya. Tinjauan kami mendapati beberapa orang anggota polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah berada di tempat kejadian. Kelihatan juga orang ramai berkerumum untuk menyakasikan runtuhan tersebut dari dekat. Sementara itu, seorang penduduk taman perumahan berdekatan pula berkata dia agak sangsi dengan pembinaan jalan yang baru setahun digunakan itu. "Jelas kelihatan, saiz lapisan jalan agak nipis dan tanahnya juga berpasir yang menyebabkan ia boleh mengelongsor pada bila-bila masa terutamanya musim hujan seperti sekarang. Bagaimana kerajaan boleh meluluskan projek tersebut sedangkan ia jelas gagal ikut piawaian ditetapkan", kata beliau.

Cara mudah utk.mendapatkn Borang 1 Malaysia

Sejak kebelakangan nie ramai yg.sibuk untuk mengisi dn menghantar Borang Bantuan RM500 bg gaji yg bawah dari RM3000.Dcni sy cuba dptkn download cara mudah tnpa perlu beratur panjang serta berebut dgn org.ramai. Anda hnya perlu click di website ini dan download dgn mudah:
Isi borang di rumah anda kemudian hantar jer terus ke Jabatan-jabatan berkenaan...
Sekian..:))

SBPA: CUEPACS NASIHAT PENJAWAT AWAM TUNGGU KEPUTUSAN KONGRES



Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).



Presidennya Datuk Omar Osman berkata ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.


"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.
"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini.


Katanya adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.
Omar berkata terdapat juga rungutan mengenai tempoh menandatangani persetujuan memilih skim itu yang terlalu singkat dari 15 hingga 31 Dis ini, memandangkan ramai penjawat awam sedang bercuti pada tempoh tersebut.


Selain itu katanya, mereka juga masih tidak mendapat gambaran sebenar apa yang terkandung dalam SBPA.
Omar berkata kongres yang akan diadakan di Perlis itu juga akan membincangkan keperluan memohon kepada kerajaan agar melantik seorang senator bagi mewakili kepentingan penjawat awam.

Tangisan atas gelongsor

KAJANG: Seorang remaja perempuan yang melalui kawasan taman permainan terkejut mendengar tangisan bayi di Taman Cheras Prima, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 petang, remaja berusia 17 tahun itu mencari punca suara tangisan itu sebelum menjumpai bayi perempuan berpakaian lengkap ditinggalkan di atas gelongsor.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kasihan melihat bayi malang itu, remaja berkenaan mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di rumah, keluarga remaja berkenaan terkejut dengan penemuan itu, tetapi bersetuju menjaganya sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa hari ini (semalam).
“Polis yang menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu segera pergi ke rumah keluarga remaja berkenaan.
“Sebaik tiba, polis menemui bayi perempuan cukup sifat dijaga keluarga berkenaan dan percaya bayi itu ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui,” katanya.
Beliau  berkata, bayi terbabit dikejarkan ke Hospital Kajang (HK) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang lemah.
Menurutnya, pihak hospital tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan seminggu lalu sebelum ditemui.
“Laporan hospital menunjukkan bayi itu dalam keadaan stabil, tetapi masih perlu diberi perhatian pakar.
“Bayi itu ditempatkan di hospital buat sementara waktu sehingga keadaannya disahkan sihat secukupnya sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ab Rashid berkata, setakat ini polis masih menyiasat siapa ibu bapa bayi malang itu selain mengumpul bukti dari orang ramai yang melihat kelibat individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan beberapa jam sebelum bayi itu ditemui.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.

Kanak-kanak hidup selepas dilanggar kereta



WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.
Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.
Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.
Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.
Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.
Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.
Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.
Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.
Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.
Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan

Gambar Kaabah di Bersihkan Menggunakan Air Zam-zam

Gambar Kaabah di Bersihkan Menggunakan Air Zam-zam
Gambar Kaabah di Bersihkan Menggunakan Air Zam-zam



MAKKAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, mengetuai upacara membersihkan Kaabah, bangunan paling suci, menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar, semalam.
Majlis itu dihadiri oleh sebilangan besar tokoh terkenal, antaranya Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Al-Hosain dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu.
Kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu termasuk Menteri, Fouad Haji Al-Farsy, Datuk Bandar Makkah, Osama Al Bar dan Timbalan Gabenor Makkah, Abdul Aziz Al Khodairy.
Beberapa diplomat dari negara Islam dan pegawai Masjidil Haram turut hadir di majlis itu.
Bahagian dalam Kaabah, dicuci dua kali setahun – pada Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kesembilan dalam kalendar Hijrah.
Kaabah, yang terletak di dalam kompleks Masjidil Haram yang luas, adalah penting kepada agama Islam dan menjadi kiblat kepada semua orang Islam di dunia ketika menunaikan solat.
Berjuta-juta umat Islam datang ke Baitullah untuk menunaikan sebahagian rukun haji setiap tahun.
Melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, adalah satu rukun wajib umrah dan haji.

Fizo Omar takut diisytihar muflis




 Tiada apa yang lebih menakutkan bagi seseorang yang gagal melunaskan pinjaman bank melainkan diisytiharkan muflis atau bankrap.
Itulah masalah berat pelakon popular, Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama glamornya, Fizo Omar apabila sebuah bank kini memburunya kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.
Namun yang lebih mendukacitakan pelakon berusia 26 tahun itu adalah apabila dia mendakwa, namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.
"Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat.
"Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran," ceritanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut tentang masalah tersebut, pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008.
Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.

Tuesday 13 December 2011

Menjunjung Kasih ~ Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibn Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah


Sekalian rakyat Malaysia merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tingginya di atas pemerintahan cemerlang lagi gemilang Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong XIII (13) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibn Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sepanjang tempoh lima tahun iaitu 2006 hingga 2011.  Seluruh rakyat jelata menjunjung kasih dan berdoa semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dipanjangkan umur dan terus dicucuri rahmat dan kesejahteraan. Selamat berangkat pulang dan bersemayam di atas takhta kerajaan negeri Terengganu Darul Iman dengan penuh kesejahteraan dan kemuliaan.  Daulat Tuanku.

Awas,, Sihir kini menular melalui Facebook



Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.
“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.
Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.
Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.
Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.
Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.
Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.
“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.
“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.

Dalam Satu Malam Wanita Muda Menjadi Tua Secara Tiba Tiba,,,Allahuakbar..

Young woman mysteriously became old woman overnight

Pakar-pakar perubatan di selatan Vietnam menawarkan untuk membantu seorang wanita berusia 26 tahun yang kulitnya berkedut dalam satu malam saja, membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih tua, media tempatan di sana melaporkan hari Rabu.
Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh City telah menawarkan Nguyen Thi Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas akhbar Tuoi Tre menerbitkan gambarnya pada hari Ahad.
Kulit Phuong berkedut tetapi dia masih mempunyai rambut dan postur wanita muda, kata akhbar itu. Keadaan dirinya telah membingungkan doktor-doktor tempatan.
Menurut laporan itu, masalah Phuong bermula pada tahun 2008
selepas dia makan makanan laut dan mukanya tercetus ruam. Dia diberi ubat dermatitis, tetapi selepas mengambil selama seminggu, mukanya bengkak dan gatal-gatal muncul di kulitnya.
“Apabila kami berkahwin, Phuong adalah seorang gadis yang cantik,” suami Phuong, Nguyen Thanh TuyĆŖn, 34, dipetik sebagai berkata.
“Adalah sukar untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara-perkara suami isteri ini, tetapi fahamilah bahawa saya masih mencintai isteri saya,” katanya.
[Tuoi Tre , Korea Herald , Unikversiti]

Sunday 4 December 2011

Ombak Rindu Buat Penonton Menangis

Maya Karin
Semalam, bertempat di Golden Screen Cinema (GSC) Mid Valley, KL, telah diadakan majlis tayangan istimewa filem 'Ombak Rindu' yang dibawakan oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Media Hiburan dan Grup Buku, Kumpulan Media Karangkraf.
Istimewanya, tayangan tersebut adalah bagi meraikan para pemenang peraduan kuiz filem berkenaan yang dikeluarkan di MH dan Grup Buku.
Ternyata, sepanjang hampir 2 jam 30 minit ditayangkan, filem arahan Osman Ali ini berjaya mengundang air mata penonton yang hadir. 
Dan menurut Editor Media Hiburan, Che Meen Tahrin, filem 'Ombak Rindu' merupakan salah satu filem yang dinanti-nantikan untuk tahun 2011 ini.
"Saya percaya ramai yang menantikan filem ini. Ternyata, penghasilannya tidak menghampakan peminat. Dari segi jalan cerita dan lakonan mantap daripada pelakon yang terlibat sangat menyentuh perasaan," ujar Che Meen ringkas.
Tidak hanya menyaksikan filem berkenaan, penonton yang hadir berpeluang untuk beramah mesra bersama dua bintang utama filem ini iaitu Maya Karin dan Lisa Surihani serta penerbitnya, En. Sharad.
Turut sama menyaksikan tayangan istimewa ini beberapa rakan artis lain seperti Zoey, Talha (JUvana), Iqa Mentor dan Beto Kusairy.
Filem yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi mula menemui penonton pada 1 Disember ini.

EKSKLUSIF.. Siti Sarah Selamat Bersalin Anak Lelaki

Siti Sarah


Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Kesetiaan', Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak sulungnya seorang bayi lelaki tepat jam 10.19 pagi tadi.
Sarah yang sebelum itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital Ampang Puteri, Ampang pada malam semalam,3 Disember.
Tahniah buat pasangan Siti Sarah dan Shuib.Semoga brtmbh lagi rzeki kalian berdua...aminn

HOT.. Maksiat adalah satu kebajikan di KEDAH.. Benarkah ?



Kerajaan Kedah digesa memantau kewujudan pusat hiburan di negeri itu yang dikatakan hidup bagai cendawan tubuh selepas hujan kerana fenomena itu boleh mencalar imej negeri yang majoriti masyarakatnya beragama Islam.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderuddin Ahmad, berkata kewujudan pusat hiburan tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa boleh memberi kesan negatif dalam institusi masyarakat, selain menyinggung perasaan umat Islam di negeri ini.
“Fenomena ini tidak seharusnya berlaku di negeri ini mempunyai pegangan Islam yang kuat dan pasti ia meninggalkan kesan tak baik, khususnya kepada masyarakat Islam jika dibiarkan tanpa pemantauan.
“Justeru, saya harap perkara ini dipandang serius pihak berkaitan kerana kita tidak mahu usaha menggalakkan rakyat mendalami penghayatan Islam menerusi penghayatan dan amalan, pada masa sama ada pihak cuba menggagalkan usaha berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa kewujudan pusat hiburan di bandar raya ini bagai cendawan tumbuh elepas hujan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir negeri.
Sehubungan itu, Muhammad Baderuddin berharap isu itu dapat diatasi dengan bijak oleh pihak berkuasa tempatan termasuk kerajaan negeri dalam usaha memelihara keharmonian Islam di Kedah.
“Malah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam amanatnya ketika bertitah sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini turut meminta umat Islam di negeri ini supaya mendalami Islam dengan penghayatan sebenar dan kita tidak mahu perkara seumpama menggagalkan usaha berkenan,” katanya.
PERGHH HABES SATU,SATU BENDA ALLAH TAALA NAK TUNJUK KAT RAKYAT KEDAH YANG KERAJAAN PAS NI MEMANG PALING TERUK MEMERINTAH..WALAUPUN PENAFIAN DIBUAT YANG MENGATAKAN SEJAK 3 TAHUN KERAJAAN PAS MEMERINTAH TIDAK PERNAH ADA 1 LESEN PUSAT HIBURAN PUN DI KELUARKAN OLEH MEREKA..
(BETUL TETAPI YANG MENGELUARKAN LESEN ITU PEJABAT DAERAH,PEJABAT DAERAH PUN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI)JADI KENAPA EXCO EXCO ATAU MB SENDIRI TIDAK PERNAH AMBIK TAU DALAM HAL INI?BILA MUFTI BERSUARA MACAM MACAM PENAFIAN DI BUAT..
SEPATUTNYA SEBAGAI PEMERINTAH YANG MENTADBIR NEGERI KEBAJIKAN PAS SEPATUTNYA MEMPERKENALKAN LEBIH BANYAK PUSAT PUSAT RIADAH KELUARGA ATAUPUN TEMPAT BERIBADAT SUPAYA ANAK ANAK MUDA SEKARANG LEBIH TERTARIK KEPADA PEKARA YANG MENDATANGKAN KEBAIKKAN DAN FAEDAH.BUKANNYA MEMPERBANYAKKAN PUSAT MAKSIAT.
ADAKAH PUSAT PUSAT MAKSIAT TERSEBUT KEPUNYAAN TAIKO DAP?SEHINGGA PAS TIDAK BERANI MENGAMBIL TINDAKKAN?SEMALAM BLOG INI JUGA MENGELUARKAN SATU ARTIKEL BERKENAAN PUSAT MAKSIAT BARU DIBUKA DI ALOR MENGKUDUSINI
PEKARA INI SEHARUSNYA TIDAK BERLAKU JIKA PAS BETUL BETUL MENTADBIR BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM YANG DI LAUNGKAN SEBELUM MEREKA MEMERINTAH..TETAPI HAL SEBALIKNYA TERJADI..BERCAKAP MENGUNAKAN MULUT BOLEH LA,TETAPI BILA DAH PEGANG KUASA SEMUANYA HALAL BELAKA.

Video Cikgu Shida kena godam...Apa kes??

PARIT: “Saya tidak sangka ada pihak sanggup menggodam dan memadamkan video miming yang melonjakkan nama saya,” kata ratu ‘miming’, Roshida Abd Aziz atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Shida.
Cikgu Shida berkata, penggodam yang berjaya mengesan kata laluan miliknya memadamkan video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu. 
“Saya kesal dan sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana hasil kerja seni saya terpadam begitu saja. 
“Namun saya tidak patah hati dengan kejadian itu yang berlaku dua bulan lalu. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan video itu di blog baru saya iaitu ‘Cikgu Shida Miming Art’ menggantikan ‘Cikgu Shida dari Parit’,” katanya.

Cikgu Shida yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, dekat sini, berkata melalui blog itu peminat boleh melihat 67 klip video miming nyanyian pelbagai artis popular tanah air, termasuk dari Indonesia.

Apa cerita...: Aishiteru suami atau kekasih?

AKU Cinta Padamu, I Love You, Wo Ai-Ni, Nan Unai Kadelikiren, itu semua ungkapan yang sering didengar ketika orang bercinta. Kini, demam drama Jepun menyelusup ke negara ini dan muncullah judul drama bersiri menarik berjudul Aishiteru yang bakal disiarkan di TV9 menerusi slot Aurora bermula 8 Disember ini.
Lakonan hebat pelakon baru dan berbakat besar seperti Afiq Muiz, Erin Malik, Izue Islam, Datuk Jalaluddin Hassan dan Wan Nor Azlin semestinya membuatkan anda semua terikat depan televisyen sepanjang 13 episod nanti.
Kisah bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz, yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Satu malam, ketika bersuka ria di pub bersama rakannya, Izrael ditahan penguat kuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy.
Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana ia boleh berada dalam poketnya.
Akhirnya Izrael mendapat tahu ia adalah angkara bekas teman wanitanya, Rania, yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan percintaan mereka.
Datuk Izrael, iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail, seorang yang tegas dan dia menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.

Pada satu hari, dia menyelinap mengikut rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira (Erin Malik) meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya, Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar.
Harapan Azira supaya Ammar membaca surat itu dan membalas cintanya.
Izrael dan rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan di kalangan rakannya, mengusik Azira yang berperwatakan cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya.
Pelbagai cara dilakukan Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang, terutama Azira, menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk terhadap Azira.
Azmi, abang Azira yang panas baran, mengamuk dan menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan! Satu hari Izrael menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira.
Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, dan begitu juga Azmi.
Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika gadis itu ingin memberikan air kepadanya. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael.
Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan dia tidak sakit.
Azmi mencabar Izrael berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai. Muna yang suka membawa mulut mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung.
Keluarga Azira berasa sungguh malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya, Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terkejut. Datuknya juga sangat terkejut mendengar perkhabaran daripada Izrael.
Apakah keputusan Izrael? Tentu tidak mungkin Azira bersetuju dikahwinkan dengan Izrael kerana cintanya hanya pada Ammar. Adakah Leftenan Kolonel (B) Ismail akan menghantar cucunya yang nakal itu ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia? Tunggu dan tonton slot Aurora berjudul Aishiteru pada setiap Rabu, jam 8.30 malam bermula 8 Disember ini untuk mengetahui kesudahannya.

Dipaksa beli ubat mahal

POPULAR... awas jika menggunakan perkhidmatan bomoh supaya tidak tertipu.

KUALA LUMPUR: Mereka menggelarkan diri sebagai pasangan yang pakar urut urat tradisional selain mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin lelaki atau wanita, namun proses dan kos rawatan sungguh mengejutkan apabila ia didapati tidak masuk akal.
Selain urutan, pasangan itu menawarkan perkhidmatan penawar jampi serapah, resdung, mandi bunga dan pelbagai perkhidmatan perubatan alternatif lain menggunakan kaedah pelik dan menakutkan.
Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang mendapatkan khidmat tukang urut di sebuah rumah yang dijadikan pusat urut di Gombak, dekat sini, apabila si isteri mengalami sakit tulang belakang selepas berurut dengan seorang wanita di pusat urut berkenaan.
Mangsa yang juga jurutera dan hanya mahu dikenali sebagai Amir, 45, berkata ketika membawa isterinya ke pusat itu, seorang tukang urut wanita yang memberikan perkhidmatan kepada mereka berjanji akan memberikan rawatan sehingga isterinya pulih dengan bayaran RM675.
“Sebenarnya, ketika proses urutan lagi, saya mula sangsi apabila tukang urut mengurut sambil merokok serta menghembuskan asap ke badan isteri dengan membaca mantera pelik yang sukar difahami.“Bagaimanapun, saya tidak mempedulikannya, terutama selepas dimaklumkan ia sememangnya kaedah biasa yang digunakannya untuk mengurut pesakit, kononnya untuk menghalau ‘benda tak elok’ yang menumpang di badan pesakit,” katanya ..

Minta diriba dan dibelai...

Al-Fatihah

JATUH... Saufi menunjukkan tempat Muhammad Faiz Hakimi ditimpa pokok kelapa.


JERTIH: “Saya rasa sayu mengingatkan perubahan perangai Muhammad Faiz Hakimi yang menjadi terlalu manja serta sering meminta diriba dan dibelai, rupa- rupanya petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Rogayah Mohamad, 41, ibu kepada Muhammad Faiz Hakimi Aziz, 4, yang maut ditimpa pokok kelapa, petang kelmarin.
Dia berkata, kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu bagaikan mimpi ngeri yang memeritkan, namun sebagai ibu, dia reda dengan pemergian itu dan menerima takdir itu dengan tabah.
“Sebelum kejadian, jiran dan anak tiri berpakat untuk menebang pokok berkenaan bagi mengelakkan kemalangan akibat keadaan cuaca tidak menentu sebelum mereka melakukan kerja-kerja penebangan pada sebelah petang.
“Saya nampak kelibat anak datang ke arah saya dari sebuah kedai runcit selepas membeli makanan ringan, namun tiba-tiba pokok itu tumbang menyembah bumi, menyebabkan saya terkejut dan sayu apabila mengenangkan peristiwa itu kembali,” katanya.

Katanya, ibu bapa mangsa dan beberapa jiran yang berada berdekatan tempat Mahadi dan jirannya bekerja juga tidak menyedari kehadiran Muhammad Faiz Hakimi.
“Sebaik menumbangkan pokok, Mahadi bersama Saufi memeriksa pokok itu untuk mengerat batangnya tetapi terkejut mendapati seorang kanak-kanak dalam berlumuran darah di bawah rimbunan daun pokok,” katanya.
Kamaruddin berkata, keluarga mangsa kemudian mengejarkan Muhammad Faiz Hakimi ke Hospital Besut sementara Mahadi bergegas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja selepas itu.
Bagaimanapun, katanya, mangsa yang cedera parah di kepala serta beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut.

Saturday 3 December 2011

YOUTUBE KINI BERWAJAH BARU

YouTube kini berwajah baru

YOUTUBE KINI BERWAJAH BARU


YouTube kini berwajah baru

sesuai dengan peredaran zaman

sesuai dengan kehendak persekitaran

harus seiring dengan keserasian

serasi dengan kepesatan teknologi

serasi dengan keghairahan manusia

serasi dengan keperluan semasa

serasi dengan apa sahaja

itulah hakikat sebenarnya

YouTube kini berwajah baru

memang sudah sampai masa

memang sudah terlalu lama

akhirnya menjadi suatu kenyataan

berubah juga akhirnya

pasti perubahan ini

membawa suatu letusan baru

dalam era penuh pantas

segala perkongsian harus optima

segala paparan harus terbaik

YouTube kini berwajah baru

jika ditanya pada semua

siapa tidak kenal YouTube

pasti tiada jawapan diterima

kerna sememangnya pasti

tiada yang tidak tahu YouTube

dari anak kecil masih hijau

hingga ke golongan muda remaja

terus ke golongan dewasa

apatah lagi orang tua

pasti semua mengetahui

YouTube memang tersohor

laman perkongsian nombor satu

kongsikan apa sahaja

kongsikan klip video baru

kongsikan klip lagu lama

kongsikan juga ceramah agama

kongsikan juga cerita bola

kongsikan apa sahaja

YouTube kini berwajah baru

sudah pasti lebih hebat

kerna yang lama dahulu

sudah terkenal kehebatannya

sememangnya bagi paparan baru

pasti lebih lagi hebatnya

pasti lebih hebat kuasanya

pasti nanti tiada tandingannya

ayuh kita sama rasai

arus perubahan ini


YouTube perkenal reka bentuk laman baharu


SAN BRUNO, Amerika Syarikat (AS) – Laman perkongsian sosial YouTube memperkenalkan reka bentuk baharu kelmarin dengan paparan gaya program televisyen selain integrasi yang lebih baik dengan laman-laman web Google. “Kami mencuba sedaya upaya mengabungkan ciri terbaik televisyen dengan ciri terbaik Internet,” kata timbalan presiden pembangunan produk YouTube, Shishir Mehrotra di pejabat YouTube di sini.


“Terma video atas talian tidak lagi akan digunakan kerana video boleh ditonton dengan menggunakan pelbagai gajet,” tambahnya. Untuk mengukuhkan kenyataan tersebut, pengurus produk kumpulan YouTube, Shiva Rajaraman melakukan demonstrasi menonton klip video YouTube menerusi konsol permainan video Microsoft, Xbox360 yang disambungkan pada Internet.


Laman utama baharu YouTube menampilkan beberapa saluran yang dihasilkan oleh pelbagai sumber bermula daripada penggemar klip video hingga kepada stesen televisyen profesional atau studio perfileman. – AFP

Sebahagian besar bandar Kajang ditenggelami air

BANJIR kilat selepas hujan lebat petang semalam mengakibatkan sebahagian besar bandar Kajang lumpuh seketika.

KAJANG - Hujan lebat lebih sejam mulai pukul 2 petang semalam menyebabkan sebahagian besar daripada bandar ini ditenggelami air sehingga satu meter dalam masa hanya kira-kira 15 minit.

Ramai penduduk khususnya pemilik kedai dan pemandu kenderaan dikejutkan dengan limpahan air secara tiba-tiba khususnya di sekitar Plaza Metro Kajang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, hujan lebat mengakibatkan air Sungai Jerlok melimpah dan membanjiri beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar Kajang.

Menurut Mohd. Sani, beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang, pasar besar dan sekitar pusat perniagaan berdekatan ditenggelami air.

"Air dikatakan naik mendadak sehingga ke paras pinggang, namun banjir kilat ini kembali surut lewat petang," katanya dengan menambah, kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah pekan Semenyih berhampiran Jalan Bangi Lama dan Jalan Jerlok.


Friday 2 December 2011

Rara Zikry meninggal dunia..1 Dec.2011

Get well soon Rara Zikry


Awal pagi td bila aku on jer Fb dpt berita yg Rara Zikry telah kembali ke rahmahtullah malam tadi.Ramai yg.mengucapkn takziah kpd.keluarga beliau.
Lepas tu aku dkejutkn plak dilaman Twitter aku yg Rara Zikry masih hidup,,
"Her heartbeat stopped for a while but then the doctor rescued her".
Dan yg terbaru lagi aku dpt taw yang Rara Zikry mmg dh meninggal dunia dn telah dkomponkn oleh bestfriend dia kat Twitter.




FB page Rara Zikry pun dh update ttg pemergian dia....



Innalillah.Takziah buat keluarganya.Al-Fatihah


Sesiapa yg.tak kenal dia,ini adalah secara ringkas cter ttg.dia..


Rara Zikry adalah seorang gadis yg.cantik dan aktif.Tahun nie umur dia 23 tahun.Bulan Mac 2010,dia pergi cycling dengan kwn2x dia.Tiba-tiba dia diserang asthma.Otw ke hospital.dia diam dan mulut dia berbuih-buih.Sampai di hospital,doktor sahkan dia dh koma.Dua bulan dia koma.Bila dah sedar,dia x dpt 
communicate.Dan setelah setahun lebih dia menderita,dia telah meninggal dunia malam tadi.
Moga rohnya dtempatkn dlm. golongan org2x yg. beriman.



p/s:Kita x taw bila plak masa kita.Sekelip mata hidup kita boley berubah.Sama2x lah kita memperbaiki diri kita untuk ke jalan yg lbh dredhai dan cuba penohkn apa yg.kurang dlm diri sendri..
Renung2xknlah...

Kajang dilanda banjir


Hujan lebat yang turun sejak dari pukul 2.30pm td menyebabkan berlakunya banjir di sekitar Plaza Metro Kajang. Keadaan disana korang boleh lihat gambar dan video di bawah. Sesiapa yang berada di sana dinasihatkan supaya berjaga-jaga.











Berhati-hati la rakan2x aku yg berada dsna...ikut arahan seterusnya oleh pihak berkenaan..mknanya belah Perlis pon kna bersiap sedia la....

Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk



Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk

Percaya ataupun tidak banyak dikalangan orang ketika menggunakan tandas , terpaksa naik dan mencangkung di atas tandas mangkuk untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas awam yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran.

Bagaimanapun tindakan ini akan mengakibatkan kita berada pada posisi yang sangat berbahaya.Mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa.

Lihat gambar dibawah, ini adalah peristiwa yang benar-benar terjadi, dimana mangkuk tandas duduk terbelah dan pecah ketika seorang gadis duduk mencangkung saat menggunakannya.





kongsikan info ini kepada rakan-rakan yang lain dan anjurkan untuk memasang poster bahaya di toilet, yang dapat mencegah terjadinya kemalangan tersebut.
sekian...

Thursday 1 December 2011

Berita Bajet 2012: Borang Bantuan Rm500 Diedar 10/12/2011

JOMMmmmm p ambek yg mna berkenaan..rzeki jgn dtolak


Lembaga Hasil Dalam Negeri  telah memaklumkan bahawa permohonan dan Borang Bantuan RM500 boleh dibuat bermula 10 Disember 2011 ini. Pendaftaran untuk permohonan bantuan tunai RM500 tersebut adalah selama satu bulan.

Berikutsedikit maklumat mengenai Bayaran bantuan RM500 dan siapa yang layak untuk mendapatkan bantuan

Syarat Kelayakan Bantuan RM500

* Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah

* Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.

* Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan

* Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

* Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan,

Bila Tarikh Pendaftaran Dan Permohonan Untuk Borang Bantuan Rm500?

Permohonan Bantuan RM500 dan borang  Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2011 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan.

Dimanakah Borang Bantuan Bantuan boleh Didapati?

Borang-borang pendaftaran untuk Borang Bantuan RM500 boleh didapati secara percuma mulai tarikhtersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.

Apakah Prosedur Permohonan Borang Bantuan RM500?
Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN.

Bila Tarikh Pembayaran Bantuan RM500?

Pembayaran Bantuan Rm500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Cara ringkas atau atau prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 ini adalah seperti dibawah :
1. Dapatkan borang bantuan isi rumah (Download dari web LHDN , atau berurusan terus dengan pejabat LHDN ) mulai 10 Disember 2011 ini.
2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.
3. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau tidak.
4. Wang bantuan isi rumah akan dikreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.

Sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...