Click here for Myspace Layouts

Sunday 4 December 2011

Minta diriba dan dibelai...

Al-Fatihah

JATUH... Saufi menunjukkan tempat Muhammad Faiz Hakimi ditimpa pokok kelapa.


JERTIH: “Saya rasa sayu mengingatkan perubahan perangai Muhammad Faiz Hakimi yang menjadi terlalu manja serta sering meminta diriba dan dibelai, rupa- rupanya petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Rogayah Mohamad, 41, ibu kepada Muhammad Faiz Hakimi Aziz, 4, yang maut ditimpa pokok kelapa, petang kelmarin.
Dia berkata, kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu bagaikan mimpi ngeri yang memeritkan, namun sebagai ibu, dia reda dengan pemergian itu dan menerima takdir itu dengan tabah.
“Sebelum kejadian, jiran dan anak tiri berpakat untuk menebang pokok berkenaan bagi mengelakkan kemalangan akibat keadaan cuaca tidak menentu sebelum mereka melakukan kerja-kerja penebangan pada sebelah petang.
“Saya nampak kelibat anak datang ke arah saya dari sebuah kedai runcit selepas membeli makanan ringan, namun tiba-tiba pokok itu tumbang menyembah bumi, menyebabkan saya terkejut dan sayu apabila mengenangkan peristiwa itu kembali,” katanya.

Katanya, ibu bapa mangsa dan beberapa jiran yang berada berdekatan tempat Mahadi dan jirannya bekerja juga tidak menyedari kehadiran Muhammad Faiz Hakimi.
“Sebaik menumbangkan pokok, Mahadi bersama Saufi memeriksa pokok itu untuk mengerat batangnya tetapi terkejut mendapati seorang kanak-kanak dalam berlumuran darah di bawah rimbunan daun pokok,” katanya.
Kamaruddin berkata, keluarga mangsa kemudian mengejarkan Muhammad Faiz Hakimi ke Hospital Besut sementara Mahadi bergegas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja selepas itu.
Bagaimanapun, katanya, mangsa yang cedera parah di kepala serta beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...