Click here for Myspace Layouts

Sunday 4 December 2011

Ombak Rindu Buat Penonton Menangis

Maya Karin
Semalam, bertempat di Golden Screen Cinema (GSC) Mid Valley, KL, telah diadakan majlis tayangan istimewa filem 'Ombak Rindu' yang dibawakan oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Media Hiburan dan Grup Buku, Kumpulan Media Karangkraf.
Istimewanya, tayangan tersebut adalah bagi meraikan para pemenang peraduan kuiz filem berkenaan yang dikeluarkan di MH dan Grup Buku.
Ternyata, sepanjang hampir 2 jam 30 minit ditayangkan, filem arahan Osman Ali ini berjaya mengundang air mata penonton yang hadir. 
Dan menurut Editor Media Hiburan, Che Meen Tahrin, filem 'Ombak Rindu' merupakan salah satu filem yang dinanti-nantikan untuk tahun 2011 ini.
"Saya percaya ramai yang menantikan filem ini. Ternyata, penghasilannya tidak menghampakan peminat. Dari segi jalan cerita dan lakonan mantap daripada pelakon yang terlibat sangat menyentuh perasaan," ujar Che Meen ringkas.
Tidak hanya menyaksikan filem berkenaan, penonton yang hadir berpeluang untuk beramah mesra bersama dua bintang utama filem ini iaitu Maya Karin dan Lisa Surihani serta penerbitnya, En. Sharad.
Turut sama menyaksikan tayangan istimewa ini beberapa rakan artis lain seperti Zoey, Talha (JUvana), Iqa Mentor dan Beto Kusairy.
Filem yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi mula menemui penonton pada 1 Disember ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...