Click here for Myspace Layouts

Wednesday 14 December 2011

Tragedi: Tanah Runtuh Di Jalan Sungai Lembing,







KUANTAN, 14 Dis - Orang ramai yang melalui jalan Kuantan ke Sungai Lembing terkejut dengan satu kejadian "jalan runtuh" berhampiran Stesyen Petronas berhadapan Gelanggang Futsal Rainbow dekat sini. Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 10.20 malam tadi telah menyebabkan sebahagian besar jalan sebelah kiri menghala ke Sungai Lembing runtuh sedalam lebih kurang 10 hingga 20 kaki. Ia dipercayai berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil akibat hujan yang turun mencurah-curah di kawasan ini beberapa hari lalu. Menurut seorang saksi yang mula-mula menyaksikan kejadian tersebut berkata, beliau hampir menjadi mangsa namun dek kerana lampu jalan yang terang benderang maka nyawanya terselamat. "Saya tiba di tempat kejadian selepas mengisi minyak di stesyen Petronas berdekatan. Mujurlah jaraknya sekitar 20 meter sahaja dari lokasi kejadian dan saya belum memecut kenderaan ketika itu. Bayangkan jika tiada lampu jalan dan saya sudah memecut kenderaan, sudah pasti sesuatu yang tidak diingini berlaku", katanya. Tinjauan kami mendapati beberapa orang anggota polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah berada di tempat kejadian. Kelihatan juga orang ramai berkerumum untuk menyakasikan runtuhan tersebut dari dekat. Sementara itu, seorang penduduk taman perumahan berdekatan pula berkata dia agak sangsi dengan pembinaan jalan yang baru setahun digunakan itu. "Jelas kelihatan, saiz lapisan jalan agak nipis dan tanahnya juga berpasir yang menyebabkan ia boleh mengelongsor pada bila-bila masa terutamanya musim hujan seperti sekarang. Bagaimana kerajaan boleh meluluskan projek tersebut sedangkan ia jelas gagal ikut piawaian ditetapkan", kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...