Click here for Myspace Layouts

Tuesday 3 January 2012

Foto: Azlan The Typewriter Dikurniakan Anak Perempuan, Laurra Lutfea



Tahniah diucapkan kepada Azlan atau lebih dikenali sebagai Lan Meet Uncle Hussein kerana telah dikurniakan anak perempuan pada 28 Disember 2011 yang lepas.
Menurut mStar, isterinya yang bernama Normala Hassan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.03 malam secara normal di Hospital Lourdes, Sentul. Bayi perempuan yang seberat 2.8 kilogram ini telah dinamakan Laurra Lutfea.
“Saya bersyukur kerana isteri boleh bergerak dengan selesa selepas sembilan bulan mengandungkan anak perempuan kami. Cuma selepas sehari bersalin, dia sakit demam panas pula,” dipetik dari akhbar online tempatan, mStar.
Ketika ditanya adakah dia mahu anak perempuannya ini mengikut jejak langkahnya, Lan menjawab, “Saya harap, dengan latar belakang keluarga saya yang kuat agama, mereka dapat membantu saya dan isteri mendidik Lutfea.
“Saya percaya, personaliti, karakter dan minat seseorang itu datang daripada asuhan ibu bapa mereka sejak kecil. Semoga kami dapat membimbingnya ke arah yang betul, Insya-Allah,” tegasnya.

Foto Bahagia Aaron Aziz dan Isteri Ketika Bercuti Di Paris

Foto Bahagia Aaron Aziz & Isteri Ketika Bercuti Di Paris

Buat pemula cerita untuk tahun 2012,  sekeping gambar bahagia hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz bersama isterinya, Diyana Halik.
Berlatarbelakangkan Menara Eiffel, Paris, kedua-dua pasangan bahagia yang sama cantik dan sama padan dilihat berkucupan dan sama sekali menyangkal mana-mana gosip liar   yang melanda Aaron Aziz sebelum ini.
Jika dilihat dari sudut lain,  agak kagum dengan prestasi cemerlang Aaron Aziz yang jarang dilanda gosip liar. Namanya yang naik seiring dengan keuntungan pelbagai filem yang dilakonkan benar-benar menunjukkan bahawa bakat yang dimilikinya yang membawa nama Aaron Aziz di mata peminat.
Kepada Aaronators diluar sana, teruskan menyokong Aaron Aziz tidak kira dimana anda berada.

Saturday 24 December 2011

Siti puas dapat ‘tembak’ staf

TEMPUR... Pasukan Siti dan Datuk K saling mengacukan pistol sebagai amaran berjaga-jaga sebelum permaianan dimulakan.

PUAS! Itulah ungkapan yang terpacul dari mulut penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza setelah meluangkan masa hampir sejam di pusat permainan Galactic Laser yang terletak di tingkat tiga, pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, Petaling Jaya.
Ironinya, apa yang lebih menggembirakan ialah penghibur yang mesra disapa sebagai Siti itu turut ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bersama dua anak bujangnya, Muhammad Adib, 21 dan Muhammad Asyraf, 20.
Bahkan bukan mereka berempat sahaja yang seronok bermain permainan ala paintball itu, tetapi keseronokan itu turut dikongsi bersama kakitangan produk kecantikan Simply Siti seramai lebih 30 orang.
Rata-rata di kalangan mereka, ia merupakan kali pertama mencuba bermain permainan tersebut dan semuanya ternyata teruja.
Menurut Siti, syarikat kosmetiknya itu akan sentiasa melakukan aktiviti riadah bersama bagi memastikan tekanan di tempat kerja dapat diseimbangkan.
“Sebelum ini kami pernah bermain boling, futsal dan berkaraoke untuk menghilangkan tekanan kerja di pejabat.
“Ini adalah salah satu inisiatif atau pendekatan yang saya gunakan untuk menghargai kakitangan kami.
“Dengan cara ini, setiap kali selepas berseronok, minda mereka akan berasa lega dan segar untuk memikirkan idea baru dalam tugasan masing-masing,” katanya.
Game yang selamat
Mengulas mengenai permainan laser tag, Siti akui pada awalnya dia langsung tidak tahu cara untuk bermainnya.
Namun, setelah diberi taklimat oleh salah seorang petugas di situ yang digelar Marsyal, barulah dia faham serba sedikit pasal peraturan dan teknik permainan tersebut.
Bagaimanapun, di mindanya masih lagi samar selagi dia belum memasuki ruang gelap yang direka khas menyerupai medan pertempuran itu.
“Setelah siap menyarungkan uniform khas yang dilengkapkan dengan pistol laser, perasaan mula berdebar-debar.
“Kemudian, apabila sudah memasuki medan perang, saya terus mencari sudut terbaik untuk melakukan serangan.
“Tidak lama selepas itu, keseronokan terus dirasai dan saya tidak henti-henti berkejaran ke sana sini untuk menembak ataupun mengelak tembakan musuh,” cerita Siti yang mengetuai pasukannya di kumpulan D itu.
Menariknya, dalam aksi tembak menembak tersebut, Siti harus berhadapan dengan pasukan Datuk K (kumpulan B).
Gelagat lincah Siti yang terkenal sebagai olahragawati di zaman persekolahannya itu banyak membantunya untuk menjadi penembak yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam kumpulan.
Pernah pada satu ketika, Siti mendahului carta markah yang dipaparkan di luar medan perang dan sesekali saling berganti kedudukan dengan anak tirinya, Adib.
Ternyata, Siti masih lagi aktif dan ligat untuk bersaing dengan kakitangannya dan pertempuran antara kedua-dua pasukan agak sengit.
Bagaimanapun, di akhir pertempuran yang berlangsung selama 10 minit itu, pasukan Datuk K berjaya menumpaskan pasukan Siti.
Meskipun tumpas di tangan suaminya, Siti ternyata puas dan seronok bermain permainan tersebut dan menyifatkan permainan berkenaan sebagai sukan ekstrem yang selamat.
“Permainan ini sesuai dengan semua peringkat usia asalkan masih berupaya untuk berlari.
“Walaupun penat, yang penting saya dan kakitangan Simply Siti dapat mengetepikan seketika masalah di pejabat dan berseronok di sini.
“Mungkin pada masa akan datang, satu aktiviti lain pula akan diadakan,” katanya.



Tahniah - Datuk Eizlan Yusof Dan Datuk Ac Mizal

EMYLIA Rosnaida Abd Hamid dan Vieshantie Harun memberi kucupan mesra kepada suami mereka Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini (AC Mizal) dan Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd, Idris Md Yusof (Eizlan Yusoff) selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang. Foto: Halim Mat Ali (22/12/2011)

EMYLIA Rosnaida Abd Hamid dan Vieshantie Harun memberi kucupan mesra kepada suami mereka Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini (AC Mizal) dan Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd, Idris Md Yusof (Eizlan Yusoff) selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang. Foto: Halim Mat Ali (22/12/2011)

Dari rumah besar ke penjara

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.
Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.
Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.
Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.
Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.













Friday 16 December 2011

Janin yg berumur 15minggu hidup didunia


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.







Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

Allahuakbarrr....kuasa Tuhan semua tu...Subhanallah..

Wednesday 14 December 2011

Tragedi: Tanah Runtuh Di Jalan Sungai Lembing,







KUANTAN, 14 Dis - Orang ramai yang melalui jalan Kuantan ke Sungai Lembing terkejut dengan satu kejadian "jalan runtuh" berhampiran Stesyen Petronas berhadapan Gelanggang Futsal Rainbow dekat sini. Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 10.20 malam tadi telah menyebabkan sebahagian besar jalan sebelah kiri menghala ke Sungai Lembing runtuh sedalam lebih kurang 10 hingga 20 kaki. Ia dipercayai berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil akibat hujan yang turun mencurah-curah di kawasan ini beberapa hari lalu. Menurut seorang saksi yang mula-mula menyaksikan kejadian tersebut berkata, beliau hampir menjadi mangsa namun dek kerana lampu jalan yang terang benderang maka nyawanya terselamat. "Saya tiba di tempat kejadian selepas mengisi minyak di stesyen Petronas berdekatan. Mujurlah jaraknya sekitar 20 meter sahaja dari lokasi kejadian dan saya belum memecut kenderaan ketika itu. Bayangkan jika tiada lampu jalan dan saya sudah memecut kenderaan, sudah pasti sesuatu yang tidak diingini berlaku", katanya. Tinjauan kami mendapati beberapa orang anggota polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah berada di tempat kejadian. Kelihatan juga orang ramai berkerumum untuk menyakasikan runtuhan tersebut dari dekat. Sementara itu, seorang penduduk taman perumahan berdekatan pula berkata dia agak sangsi dengan pembinaan jalan yang baru setahun digunakan itu. "Jelas kelihatan, saiz lapisan jalan agak nipis dan tanahnya juga berpasir yang menyebabkan ia boleh mengelongsor pada bila-bila masa terutamanya musim hujan seperti sekarang. Bagaimana kerajaan boleh meluluskan projek tersebut sedangkan ia jelas gagal ikut piawaian ditetapkan", kata beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...